Ermmmm…esok Tinta kan bercuti lagi..sempena Hari Raya Qurban….namun serasakan kemeriahan Raya Qurban kini kian malap…keterujaan menyambutnya kian pudar..sedangkan mengikut hukum Islam…Raya Qurban sewajarnya diraikan lebih meriah..bahkan lebih hebat dari Raya Puasa..mungkin Raya Qurba kurang kemeriahannya..kerana kita tidak perlu berpuasa atau melakukan sesuatu ibadat sebelum meraikannya…berbeza denga raya puasa…keterujaan beraya adalah sebagai ganjaran kepada ibadat puasa yang wajib dilalui sebelumnya…
Bagi warga kota pula..raya qurban ibarat tambahan kepada “another 1 more Public Holiday” yang mana, ramai dikalangan mereka..meraikan dengan sikap cukup-cukup simple and easy…bukan niat Tinta inginkan sambutan yang berlebihan..tapi bagi Tinta…seolah-olah mereka tidak menghargai atau memahami maksud sebenar ibadat Qurban itu lagi…
Opss…..Tinta dah berlebih lebih pulak…sebenarnya..niat Tinta sekadar ingin mengimbas kembali Raya Qurban yang pernah Tinta lalui di zaman kanak-kanak dahulu…kalau di kenangkan dahulu…ketika air paip masih hanya menjadi milik orang orang kaya…maka di subuh pagi yang hening..rutin pertama Tinta..membonceng basikal lalu sang ayah akan membawa Tinta ke paip utama yg menjadi milik arwah atuk…Tinta akan dimandikan sunat ….dan pada ketika ini..pasti Tinta akan menikmati kesejukan air paip sepuas puasnya…(kebiasaannya..Tinta hanya mandi dengan air perigi yang pastinya akan di jerang terlebih dahulu)…dan setelah jari jari tangan dan kaki kecut…kami akan pulang..sang abang abang pastinya telah lebih awal bersiap…pernah dimana suatu ketika tatkala Tinta berusia diantara 4-5 tahun…dek kerana terlalu jakun untuk bermandikan air paip..peha Tinta menjadi korban..gara-gara terjatuh dari basikal yang di kongsi bersama-sama sang abang..sejak dari itu..Tinta tidak dibenarkan lagi membonceng basikal bersama abang untuk ke rumah atuk..dan pastinya hanya sang ayah yang akan menjadi pemandu setia Tinta….
Usai mandi..Tinta akan didandan rapi oleh sang ibu..rambut Tinta yang sememangnya tidak pernah mengenal erti gunting..akan kelihatan hitam berkilat di tambah dengan kesan kilauan dan pancaran dari minyak kelapa buatan sendiri (maklum la..waktu tu..amat sukar untuk kami menemui gel-gel spiky untuk kekemasan rambut yang menjadi tren pada zaman sekarang) meskipun kami bukan dari keluarga berada..pun baju baru itu wajib walaupun untuk menyambut Raya Haji…sementelaah..Tinta belum punya adik2 perempuan lagi waktu itu dan pastinya Tinta mampu memonopoli tumpuan dari sang ayah mahupun sang ibu..
Sesudah cantik berdandan (walau hanya baju kurung dari kain cotton murahan)..kami akan duduk berkumpul untuk menikmati juadah di pagi raya..hidangan yang serasakan paling enak berbanding hari hari biasa…masak kicap ayam kampung…ketupat…wah…walau agak terkial kial dek "keliatan" mengunyah daging ayam kampung yg lebih pejal…tetapi itu semua tidak mematahkan selera kami..(manakan tidak..untuk kami menjamu daging ayam hanyalah pada hari raya puasa atau Qurban sahaja..hari hari biasa kami kerap menjamu telur ayam sahaja)…dah setelah perut kenyang..ayah akan membawa sang abang2 yang cukup nakal ke surau..dan hanya di waktu inilah.mereka akan berpeluang untuk membonceng motosikal kapcai ayah (YAMAHA BIRU AAQ )..wahh hebatnya….betapa sedihnya Tinta tika itu yang hanya mampu menghulur kaki dari jeriji tingkap dengan lelehan air mata…akibat dari tidak dapt membuntuti sang ayah dan abang2 yang segak bergaya ke surau…
Sekembalinya sang ayah dari sembahyang sunat Aidil Adha..maka akan tiba pada acara yang bagi Tinta agak menyeramkan..Tinta akan di kendong oleh sang abang membuntuti ayah..melihat perlaksanaan ibadat Qurban..pernah sutu ketika..Tinta menangis tersedu sedan dek rasa sedih dan sebak melihat haiwan ternakan yang di sembelih (maklumla..terlalu jahil untuk memahami apa maksud QURBAN yang sebenar)…diwaktu itu juga…agak kurang orang orang yang mampu untuk bersedekah haiwan sebagai Qurban berbanding sekarang..kebisaannya..hanya seekor atau dua ekor lembu yang ditumbangkan…selesai sudah ibadat Qurban..daging dilapah dan di bahagi bahagikan…dan menjadi giliran Tinta…dan sang ibu untuk membonceng YAHAMA AAQ ke rumah nenda dan Aki yg jaraknya cuma lebih kurang 3 km…pun serasakn cukup jauh waktu itu..alangkah bahagia hati Tinta..dan akan Tinta cemik cemikkan muka pada kedua2 sang abang yg pastinya akan di tinggalkan di rumah dengan 1001 pesanan….
Pulangnya dari rumah Nenda dan Aki, Tinta akan tersengih sengih…sebagai tanda kemenangan atau lebih pada keegoaan..sepertinya Tinta dapat berjalan dengan menaiki kapal terbang layaknya…dan kami akan di bekalkan dengan juadah raya dari nenda buat abang2 di rumah…satu lagi kejahilan Tinta pada waktu itu…mengenal nilai WANG…kedua dua sang abang pasti berjaya memujuk Tinta untuk berkongsi hasil duit raya dari Tinta..dan hasil dari “rompakan” mereka..Tinta akan di upah dengan sebiji gula2 yang hanya indah pada bungkusan sahaja..
Pun walau Tinta di tipu dek sang abang..tapi itu bukan menjadi dendam dihati….di malam harinya…pasti Tinta akan sekali lagi membuntuti mereka..membalas tembakan meriam yang di bina dari bongkahan paip besar…hebat bukan kami..anak anak kampung yang ber idea tinggi….sungguh pun Tinta akan “dibesit” sang ayah kerana mengikuti kenakalan sang abang…tapi itu bukan petnda Tinta akan serik…
Esok muncul lagi..dan Tinta kan turun sekali lagi…keseronokan itu hanya akan tamat menjelang raya 10 atau 15 hari….walaupun hanya menyambut RAYA QURBAN…hebatnya tak hilang..kemeriahannya tak kurang…kesyahduannya tak kalah..seperti Raya Puasa juga layaknya…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment