Tuesday, November 16, 2010

plan yang total losssss

Horreyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Today.. I’m gonna punch out sharply at 5.29..yer la tu kononnnnnnnnnnn…continue with long leave and will back on Monday only..
As usual…I named is as “tempoh menternak body”…hak hak hakkk….
Just now.. I received sms from my beloved untie…”kelon with kembar..ujan2…rendang dah masak..lontong on the way”..ermmmm sms yang langsung tak membantu..lagi bikin panassssssssssssss ada la…tak pe..jap lagi…pecut balik kg…kat umah mesti kurma ayam dah ready..hahhaha..
Tapi..ada sikit tak syiokkkkkkkkkkkkkkkk…kena selsema lak dr semalam…even dah try to get come “medicine” nunnn jauh meredah jem and banjir kilat dari SA ke PJ tapi..tak mujarab pun ubat nyerrr…huhuhuh and last nite I did telan clarinase & panadol..but seems like..not really works for me..hopefully..esok pagi..ada magic then..all my selsema and sengal will gone..Insya Allah…..
So…kengkawan kat ofis…(walau x de yg baca N3 nie)….lantak korang la..keja la…den nak raya sakan kt kg…jangan nk tepon2 lak…”rasak no la konoh”…
Toh Puan yang tak bercuti…jgn dok layan FB jer…
Datin yang cuti main main tu…snap gamba lagi bebanyak.. I like ur photo….
“B” – enjoy ur raya..jangan ternak body mcm sya…hahahah…
Nantikan hasil ternakan ini …..
All to all muslimin & muslimat…Salam I’dul Adha…
Hope one day each of us may celebrate in front of Kaa’bah….Insya Allah…..

*But...when I'm ready to post this N3..its already 6.10 here..somemore.. I need to fetch c katik pulakkkkkkkkk..aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...tensen!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 15, 2010

Aidil Adha-Part 1

Ermmmm…esok Tinta kan bercuti lagi..sempena Hari Raya Qurban….namun serasakan kemeriahan Raya Qurban kini kian malap…keterujaan menyambutnya kian pudar..sedangkan mengikut hukum Islam…Raya Qurban sewajarnya diraikan lebih meriah..bahkan lebih hebat dari Raya Puasa..mungkin Raya Qurba kurang kemeriahannya..kerana kita tidak perlu berpuasa atau melakukan sesuatu ibadat sebelum meraikannya…berbeza denga raya puasa…keterujaan beraya adalah sebagai ganjaran kepada ibadat puasa yang wajib dilalui sebelumnya…
Bagi warga kota pula..raya qurban ibarat tambahan kepada “another 1 more Public Holiday” yang mana, ramai dikalangan mereka..meraikan dengan sikap cukup-cukup simple and easy…bukan niat Tinta inginkan sambutan yang berlebihan..tapi bagi Tinta…seolah-olah mereka tidak menghargai atau memahami maksud sebenar ibadat Qurban itu lagi…
Opss…..Tinta dah berlebih lebih pulak…sebenarnya..niat Tinta sekadar ingin mengimbas kembali Raya Qurban yang pernah Tinta lalui di zaman kanak-kanak dahulu…kalau di kenangkan dahulu…ketika air paip masih hanya menjadi milik orang orang kaya…maka di subuh pagi yang hening..rutin pertama Tinta..membonceng basikal lalu sang ayah akan membawa Tinta ke paip utama yg menjadi milik arwah atuk…Tinta akan dimandikan sunat ….dan pada ketika ini..pasti Tinta akan menikmati kesejukan air paip sepuas puasnya…(kebiasaannya..Tinta hanya mandi dengan air perigi yang pastinya akan di jerang terlebih dahulu)…dan setelah jari jari tangan dan kaki kecut…kami akan pulang..sang abang abang pastinya telah lebih awal bersiap…pernah dimana suatu ketika tatkala Tinta berusia diantara 4-5 tahun…dek kerana terlalu jakun untuk bermandikan air paip..peha Tinta menjadi korban..gara-gara terjatuh dari basikal yang di kongsi bersama-sama sang abang..sejak dari itu..Tinta tidak dibenarkan lagi membonceng basikal bersama abang untuk ke rumah atuk..dan pastinya hanya sang ayah yang akan menjadi pemandu setia Tinta….
Usai mandi..Tinta akan didandan rapi oleh sang ibu..rambut Tinta yang sememangnya tidak pernah mengenal erti gunting..akan kelihatan hitam berkilat di tambah dengan kesan kilauan dan pancaran dari minyak kelapa buatan sendiri (maklum la..waktu tu..amat sukar untuk kami menemui gel-gel spiky untuk kekemasan rambut yang menjadi tren pada zaman sekarang) meskipun kami bukan dari keluarga berada..pun baju baru itu wajib walaupun untuk menyambut Raya Haji…sementelaah..Tinta belum punya adik2 perempuan lagi waktu itu dan pastinya Tinta mampu memonopoli tumpuan dari sang ayah mahupun sang ibu..
Sesudah cantik berdandan (walau hanya baju kurung dari kain cotton murahan)..kami akan duduk berkumpul untuk menikmati juadah di pagi raya..hidangan yang serasakan paling enak berbanding hari hari biasa…masak kicap ayam kampung…ketupat…wah…walau agak terkial kial dek "keliatan" mengunyah daging ayam kampung yg lebih pejal…tetapi itu semua tidak mematahkan selera kami..(manakan tidak..untuk kami menjamu daging ayam hanyalah pada hari raya puasa atau Qurban sahaja..hari hari biasa kami kerap menjamu telur ayam sahaja)…dah setelah perut kenyang..ayah akan membawa sang abang2 yang cukup nakal ke surau..dan hanya di waktu inilah.mereka akan berpeluang untuk membonceng motosikal kapcai ayah (YAMAHA BIRU AAQ )..wahh hebatnya….betapa sedihnya Tinta tika itu yang hanya mampu menghulur kaki dari jeriji tingkap dengan lelehan air mata…akibat dari tidak dapt membuntuti sang ayah dan abang2 yang segak bergaya ke surau…
Sekembalinya sang ayah dari sembahyang sunat Aidil Adha..maka akan tiba pada acara yang bagi Tinta agak menyeramkan..Tinta akan di kendong oleh sang abang membuntuti ayah..melihat perlaksanaan ibadat Qurban..pernah sutu ketika..Tinta menangis tersedu sedan dek rasa sedih dan sebak melihat haiwan ternakan yang di sembelih (maklumla..terlalu jahil untuk memahami apa maksud QURBAN yang sebenar)…diwaktu itu juga…agak kurang orang orang yang mampu untuk bersedekah haiwan sebagai Qurban berbanding sekarang..kebisaannya..hanya seekor atau dua ekor lembu yang ditumbangkan…selesai sudah ibadat Qurban..daging dilapah dan di bahagi bahagikan…dan menjadi giliran Tinta…dan sang ibu untuk membonceng YAHAMA AAQ ke rumah nenda dan Aki yg jaraknya cuma lebih kurang 3 km…pun serasakn cukup jauh waktu itu..alangkah bahagia hati Tinta..dan akan Tinta cemik cemikkan muka pada kedua2 sang abang yg pastinya akan di tinggalkan di rumah dengan 1001 pesanan….
Pulangnya dari rumah Nenda dan Aki, Tinta akan tersengih sengih…sebagai tanda kemenangan atau lebih pada keegoaan..sepertinya Tinta dapat berjalan dengan menaiki kapal terbang layaknya…dan kami akan di bekalkan dengan juadah raya dari nenda buat abang2 di rumah…satu lagi kejahilan Tinta pada waktu itu…mengenal nilai WANG…kedua dua sang abang pasti berjaya memujuk Tinta untuk berkongsi hasil duit raya dari Tinta..dan hasil dari “rompakan” mereka..Tinta akan di upah dengan sebiji gula2 yang hanya indah pada bungkusan sahaja..
Pun walau Tinta di tipu dek sang abang..tapi itu bukan menjadi dendam dihati….di malam harinya…pasti Tinta akan sekali lagi membuntuti mereka..membalas tembakan meriam yang di bina dari bongkahan paip besar…hebat bukan kami..anak anak kampung yang ber idea tinggi….sungguh pun Tinta akan “dibesit” sang ayah kerana mengikuti kenakalan sang abang…tapi itu bukan petnda Tinta akan serik…
Esok muncul lagi..dan Tinta kan turun sekali lagi…keseronokan itu hanya akan tamat menjelang raya 10 atau 15 hari….walaupun hanya menyambut RAYA QURBAN…hebatnya tak hilang..kemeriahannya tak kurang…kesyahduannya tak kalah..seperti Raya Puasa juga layaknya…

Thursday, November 11, 2010

u smile..i smile....:)

**Sayang Sya tak??? ** and the answer already change .... different from the 1st time u did answered me...I'd wait on you forever and a day Hand and foot Your world is my world Yeah Ain't no way you're ever gon' get Any less than you should Cause baby You smile I smile (oh) Cause whenever You smile I smile Hey hey hey Your Eyes, my biggest weakness ...Shouldn't have let you know I'm always gonna do what they say If you need me I'll come right there From a thousand miles away When you smile I smile You smile I smile Hey Baby take my open heart and all it offers Cause this is as unconditional as it'll ever get You ain't seen nothing yet I won't ever hesitate to give you more Cause baby You smile I smile You smile I smile Hey hey hey You smile I smile I smile I smile I smile You smile I smile Make me smile baby Baby you won't ever work for nothing You are my ins and my means now With you there's no in between I'm all in Cause my cards are on the table And I'm willing and I'm able But I fold to your wish Cause it's my command Hey hey hey You smile I smile You smile I smile Hey hey hey You smile I smile I smile I smile I smile You smile I smile Oh You smile I smile You smile I smile

Monday, November 8, 2010

Perlukah lagi..


Hari ini…sedari awal pagi..soalan yang bermain sejak malam tadi…Haruskah Tinta belajar mengeja semula..agar kamar ini kelak dipenuhi dengan tulisan tulisan Tinta..atau harus Tinta “khatamkan” saja nokhtah ini..
Biarkan segalanya berkubur..sementelaah..Tinta punya kamar baru….
Atau…ke dua…haruskan Tinta meneruskan resepi hidup yg serba “cemplang” di wadah ini…
Terkedu….terkesima…malah..wujud segaris..terharu…wadah ini di lewati seseorang yang tidak pernah Tinta fikir akan menemui coretan bisu ini..sebegini pantas…akhhh…namanya juga dunia moden…arus teknologi..pasti mudah untuk mencari jejak Tinta yg sangat culas ini…
Pun harapan Tinta…coretan coretan di sini tidak di salah erti..mahupun di salah tafsir….kemari toh…bertanya..andai ada yg terkurang jelasnya…jangan pura pura mengerti..tapi hakikatnya..mentafsir erti sendiri…tapi…jangan pula Tinta di siasat bertubi tubi…kan ini juga di panggil…nukilan…dari kisah kisah yang dahulunya pernah lewat dalam kehidupan seharian Tinta…cuba ngerti…jangan asyik mengungkiti…
Andai kau punya respon yg positif…Insya Allah..Tinta akan singgah lagi di sini…tapi andai Tinta menerima respon yg negatif..ya…ampun saja…
Kan Tinta minggir terus dari sini….